Friday, August 5, 2011

Ramadhan 1432 H


Ramadhan kali ni....semua berpuasa termasuk Muhammad Danish! Kali pertama Muhammad Danish berpuasa. Alhamdullilah masuk hari ni, da hari keenam...Muhammad Danish puasa penuh. Bangun sahur pun senang. Cuma Tarawikh tak larat nak buat semua. Penat katanya! Nakal masih macam bulan tak puasa. Aktif memanjang.

Tuesday, July 26, 2011

27 Julai 2011


Masa terus berlalu. Anak yang sulung (Nurul Ezzatie) dah pun habis SPM, kini menuntut di IKBN Alor Gajah Melaka dalam bidang Penyediaan Pastri. Mudah-mudahan dia akan berjaya dalam mencapai cita-cita nak buka kedai Pastri.

Saturday, February 5, 2011

Februari 2011

Dah masuk bulan ke 2 tahun 2011. Alhamdullilah. Keperitan makin terasa. Tapi aku percaya ini semua dugaanNya. Pasti ada sinar. Hidup mesti ada panduan, mesti yakin dan percaya pada keEsaanNya. Yang penting berusaha. Da masuk beberapa bulan aku buat part-time mengajar disebuah institut. Mengajar subjek Amalan Industri dan Membina Kecemerlangan Dalam Kehidupan Peribadi dan Profesional. Syukur Alhamdullilah, dengan ilmu yang aku belajar sewaktu bekerja di SIEMENS, Infineon dan Vishay, aku gunakan sepenuhnya. Dapatlah juga membimbing anak-anak bangsa yang bakal menghuni dunia industri. Nak kata Pakar ..tak juga! Tapi InsyaAllah segala pengalaman akan aku kongsi dengan mereka.