Kini aku berniaga di C 091 Dataran Pahlawan, Melaka Megamall Banda Hilir Melaka. Dah meniaga dalam kompleks. Ada phone, internet, fax dll. Website sendiri pun ada! www.pdca2u.com kalau nak tengok barang-barang jualan lawatlah. Syukur alhamdullillah diatas rezeki yang Allah beri.
Kedai keduaku. Tak jauh beza dengan yang pertama. Duit VSS semakin sikit.....tapi pengalaman semakin banyak. Hidup perlu banyak bersabar. Syukur, isteriku adalah orang yang sabar dan tabah.
Setelah 16 tahun bekerja di SIEMENS/Infineon/Vishay akhirnya aku membuat satu keputusan besar dalam kerjayaku. Aku mengambil VSS dan memulakan perniagaan sendiri. Rezeki ada dimana-mana. Inilah kedaiku yang pertama. Beratapkan zink!! Panas! Kalau dulu kerja dalam aircond kini terpaksa berpanas dan berhujan. Tapi ini pilihanku dan keluarga merestuinya. Kini aku bergelar Pengurus PDCA Enterprise. Semoga Tuhan memberkati diriku, keluargaku dan rezekiku! Amin
Hawa di jadikan dari tulang rusuk Adam. Bukan dari tulang kepala untuk kita junjungi Bukan dari tulang kaki untuk kita pijak Bukan dari tulang tangan untuk kita sakiti Tapi.... Dari tulang rusuk, untuk kita dampingi dan sayangi.
Bersama Norliya Ismail, (Boss!)- Orang yang banyak membantu dalam karier. Pernah dapat anugerah pekerja terbaik kebangsaan (Wanita) dalam perjalanan ke Vienna. Sori, pasal kami semua terlelap you terjatuh dari tren!! Ingat tak? Kalau tak.... kita dah terlajak ke Paris pulak.
Di sebuah dewan teater di Munich selepas menerima anugerah TQM. Johan Dunia menewaskan 15 buah syarikat semiconduktor SIEMENS seluruh dunia! Kenangan paling indah sepanjang kerjaya di SIEMENS/Infineon.
First time merasa salji. Hampir-hampir kecewa. Dah seminggu duduk sana salji tak turun-turun. At last, lagi dua jam nak balik salji pun turun!!! Pergh...seronok!!
Bergambar kat tepi jambatan salah sebuah sungai di Munich. On the way nak pergi muzium tak jauh dari Forum hotel. Cantik dan jernih airnya. Ada itik air.
Budapest, Hungary. Tak de niat pun nak pergi! Tapi naik tren malam ke Vienna daripada Munich dah terlajak sampai kat Budapest. Tapi kira OK lah...dapat juga pegi Hungary...walaupun habiskan masa kat sana dua jam saje. Dapatlah shoot dua tiga keping gambar, pastu patah balik ke Vienna naik tren terawal.
Final year, bergambar dengan kereta kedua. Kongsi-kongsi beli dengan rakan-rakan serumah. Yahya dan Zakaria. Bergambar di depan rumah di Sari 3, Taman Cempaka, Ipoh. Abis duit biasiswa buat beli kereta!!!
1983, diterima masuk ke Politeknik Ungku Omar, Jalan Dairy Ipoh untuk mengikuti Kursus Juruteknik Kejuruteraan Jentera Am dengan no Pendaftaran pelajar 198MG83