Monday, November 23, 2009

Kedai ke tiga

Kini aku berniaga di C 091 Dataran Pahlawan, Melaka Megamall Banda Hilir Melaka.
Dah meniaga dalam kompleks.
Ada phone, internet, fax dll.
Website sendiri pun ada! www.pdca2u.com kalau nak tengok barang-barang jualan lawatlah.
Syukur alhamdullillah diatas rezeki yang Allah beri.

Kedai kedua

Kedai keduaku.
Tak jauh beza dengan yang pertama.
Duit VSS semakin sikit.....tapi pengalaman semakin banyak.
Hidup perlu banyak bersabar.
Syukur, isteriku adalah orang yang sabar dan tabah.

Kedai Pertama

Setelah 16 tahun bekerja di SIEMENS/Infineon/Vishay akhirnya aku membuat satu keputusan besar dalam kerjayaku. Aku mengambil VSS dan memulakan perniagaan sendiri. Rezeki ada dimana-mana. Inilah kedaiku yang pertama.
Beratapkan zink!! Panas!
Kalau dulu kerja dalam aircond kini terpaksa berpanas dan berhujan.
Tapi ini pilihanku dan keluarga merestuinya.
Kini aku bergelar Pengurus PDCA Enterprise.
Semoga Tuhan memberkati diriku, keluargaku dan rezekiku! Amin

Syawal 1430 H

Keluarga ku.....taklah ramai sangat.

Royal Century Pattaya


Kat Pattaya, Thailand. Tak jumpa pun nasi goreng Pattaya kat sini!

Seri Indah Resort

Happy Hour.
Dengan famili di Seri Indah resort, Kuala Terengganu

Berastagi, Indonesia

Di Tanah Tinggi Berastagi, Sumatera, Indonesia

Masjid Kristal Terengganu

Sesekali bujang...Gi Terengganu ngan member. Kenangan di Masjid Kristal Terengganu.

Syawal 1430 H


Dah ada lima anak. Nurul Ezzatie, Nur Liyana, Nur Asyiqin, Nur Afiqah dan yang bongsu Muhammad Danish.

Vistana Hotel

Holiday kat penang.
Masa ni baru ada empat anak.

Awana Porto Malai, Langkawi

Anak-anak penyeri hidupku.
Nurul Ezzati dan Nur Liyana bergambar kenangan di Awana Porto Malai, Langkawi.
Masa ni baru dua orang anak.

Kau Isteri ku

Hawa di jadikan dari tulang rusuk Adam.
Bukan dari tulang kepala untuk kita junjungi
Bukan dari tulang kaki untuk kita pijak
Bukan dari tulang tangan untuk kita sakiti
Tapi....
Dari tulang rusuk, untuk kita dampingi dan sayangi.

5 Jun 1992

Munich - Vienna - Budapest

Bersama Norliya Ismail, (Boss!)- Orang yang banyak membantu dalam karier. Pernah dapat anugerah pekerja terbaik kebangsaan (Wanita) dalam perjalanan ke Vienna. Sori, pasal kami semua terlelap you terjatuh dari tren!! Ingat tak? Kalau tak.... kita dah terlajak ke Paris pulak.

Munich, Jerman

Di sebuah dewan teater di Munich selepas menerima anugerah TQM. Johan Dunia menewaskan 15 buah syarikat semiconduktor SIEMENS seluruh dunia! Kenangan paling indah sepanjang kerjaya di SIEMENS/Infineon.

Munich, Jerman

First time merasa salji. Hampir-hampir kecewa. Dah seminggu duduk sana salji tak turun-turun. At last, lagi dua jam nak balik salji pun turun!!! Pergh...seronok!!

Munich, Jerman

Bergambar kat tepi jambatan salah sebuah sungai di Munich. On the way nak pergi muzium tak jauh dari Forum hotel. Cantik dan jernih airnya. Ada itik air.

Budapest, Hungary

Budapest, Hungary. Tak de niat pun nak pergi! Tapi naik tren malam ke Vienna daripada Munich dah terlajak sampai kat Budapest. Tapi kira OK lah...dapat juga pegi Hungary...walaupun habiskan masa kat sana dua jam saje. Dapatlah shoot dua tiga keping gambar, pastu patah balik ke Vienna naik tren terawal.

Vienna, Austria

Bergambar kenang-kenangan di hadapan Bank Of Austria, Bandaraya Vienna.

Saturday, November 21, 2009

Perkumpulan Karate Zon Selatan di Port Dickson

Habis je belajar dapat kerja kat SIEMENS sebagai juruteknik. Join kelab Karate.

Super Senior Politeknik Ungku Omar

Final year, bergambar dengan kereta kedua. Kongsi-kongsi beli dengan rakan-rakan serumah. Yahya dan Zakaria. Bergambar di depan rumah di Sari 3, Taman Cempaka, Ipoh. Abis duit biasiswa buat beli kereta!!!

Senior Politeknik Ungku Omar

Setahun dah berlalu. Perwatakan dah sedikit berubah....Anak abah dah besar!

Freshie Politeknik Ungku Omar


1983, diterima masuk ke Politeknik Ungku Omar, Jalan Dairy Ipoh untuk mengikuti Kursus Juruteknik Kejuruteraan Jentera Am dengan no Pendaftaran pelajar 198MG83

St. David's High School, Melaka


Bersama rakan-rakan (Abd Latif dan Razak) sewaktu menanti waktu untuk memasuki dewan peperiksaan untuk kertas Sejarah (SRP)